Sementara Ilmu Dirakam: Sebuah Manifesto Untuk AI dan Pendidikan

Oleh graduan 2026, International Communications Studies di University of Nottingham Malaysia

Mukadimah: Mengapa Kami Menulis Dokumen Ini

Kami menulis permintaan ini kerana tiada siapa lagi yang bersedia.

Kami menulis dokumen ini kerana dunia sudah menjadai terlalu rumit untuk segala sistem yang kami warisi. Alam semesta telah dimusnahkan. Demokrasi cacamerba. Perkara yang jelas dan benar dipertikaikan. Kita perlu memahami detik yang penting ini lebih daripada generasi-generasi yang dulu.

Sepertimana yang sudah disampaikan berita tentang krisis pendidikan tinggi, apa yang ditawarkan universiti-universiti yang sedia ada tidak mencukupi. Universiti-universiti kononya menjanjikan masa depan, tetapi isi kandungan pelajarannya tidak kehadapan.

Masalah ini makin menjadi-jadi akibat penggunaan AI yang berleluasa. Dibina kapitalis, direka untuk ilmu yang superfisial, kita mesti pastikan AI dilaksanakan untuk rakyat dan bukan untuk keuntungan semata-mata.

Kemajuan tidak pernah neutral. Kuasa AI mesti dijanakan secara bertanggungjawab dan tidak dianggap suci. Oleh kerana ia sedang dilaksanakan tanpa pemikiran atau pemantauan, kami disini memanggil untuk tanggungjawab bersama.

Teknologi AI tidak akan menunggu atau mewakili nila-nilai kemanusiaan. Ia dijana tanpa mengambil kisah kerah kita, peperangan dunia dalam ruang yang kita tidak akan tahu oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Jika kita tidak memahami logik, bataan and kuasa AI, kita akan menjadi sekadar kulinya.

Kita tidak menafikan kepentingan universiti tetapi kita ingin menegaskan nilai kemanusiaan yang diperlukan untuk berhadapan dengan masa depan kita yang semestinya akan berkuasakan AI.

Manifesto ini adalah permintaan kami.

Kita tidak akan buang AI tetapi kita tidak akan sanjunginya juga. Kita akan menggunakannya dengan nawaitu yang sesuai, bukan kekaguman semata-mata. Kita akan menentukan hak untuk membentuk bagaimana AI digunakan untuk pendidikan. Pendidikan itu milik kita, bukan milik algorithm.

Pendirian kami

Prinsip-prinsip berikut adalah nilai-nilai kemanusiaan yang harus dipelihara.

1

Pendidikan AI haruslah kritikal dan bukan praktikal semata-mata. Ia harus mengajar bagaimana sistem AI berfungsi, siapa yang membinanya dan siapa yang meraih keuntungan.

2

Pendidikan AI harus telus dan bertanggungjawab. Ia harus menjelaskan ilmu yang dirakam, tanggapan, batasan dan kebenaran segala jawapannya. Ia harus digunakan sebagai alat tetapi diperiksa sebagai sebuah sistem.

3

Pendidikan AI wajib berpaksikan kemanusiaan dan kebersamaan. It patut meletakkan pelajar sebagai pencipta ilmu dan bukan sekadar pengguna yang pasif. Bina kemahiran teknikal tetapi pastikan AI sentiasa disoal.

4

Pendidikan AI harus berdasarkan pegangan bahawa bakat dan kreativiti yang benar adalah berasal daripada inspirasi manusia yang berakar dalam pengalaman dan kehidupan.

5

Walaupan AI boleh digunakan untuk memahami konteks, nilai dan makna haruslah berpaksikan realiti kehidupan.

6

Segala kemudahan yang diberikan AI tidak boleh mengubah realiti bahawa pemahaman dan kecerdikan benar harus dibina dari explorasi dunia semua makhluk.

7

Kami diak akan membenarkan kekaguman terhadap AI mengganti realiti hidup berkemanusaan. Pendidikan kami akan memperjuangkan apa yang tidak boleh dirakam atau dipunyai sepenuhnya oleh sistem-sistem komputer.

8

Komputer canggih mungkin boleh meniru gaya seseorang tetapi ia hanya adalah sekadar ilusi.

9

AI boleh mereka cerita tetapi hanya manusia yang boleh menghidupinya.

10

AI tidak berfikir secara manusia. Pemikirannya harus diragui and diuji bukan dipercayai semata-mata.

11

Emosi manusia tidak boleh diproses, dirakam dan diberikan komputer dan harus difahami sebagai aspek-aspek kemanusiaan yang menjangkaui apa yang boleh dijadikan data.

12

Tanggungjawab tidak boleh diberikan kepada komputer. Komputer tidak boleh disalahkan sepenuhnya.

13

Algorithm tidak boleh menyelesaikan segalanya. Kita akan mencari kebenaran dengan persoalan persoalan, kesalahan dan pencarian. Jawapan komputer bergantung kepada persoalan kami.

14

Perlihara nilai rohani sebagai asas segala inspirasi yang tidak boleh direka mesin.

15

Lagi banyak kita bergantung kepada mesin, lagi kuranglah integriti kita.

Masalah AI bukan sekadar masalah dasar pemerintah.

Ia masalah nilai-nilai kemanusiaan.

Kita mencatatkan prinsip yang tetap bile berhadapan AI yang sentiasa berubah.